TERJUN
Sukan Universiti Dunia: Kimberly-Ker Ying buka kempen terjun negara dengan perak
Sukan Universiti Dunia Chengdu 2023 menyaksikan kem terjun negara membuka tirai kempen hari ini dengan kilauan pingat perak menerusi acara 3 meter papan anjal seirama.
Gandingan mantap Kimberly Bong dan Ong Ker Ying memastikan pungutan mantan sebanyak 257.82 mata untuk mengekori peserta tuan rumah, China, yang muncul juara dengan 330.75 mata.
Walaupun tidak meletakkan apa apa sasaran kerana hanya baru digandingkan sempena temasya ini, terjunan Kimberly dan Ker Ying tetap membuahkan hasil.
Iklan
"Kami mula berlatih bersama-sama tidak sampai dua minggu lalu.
"Kami mempunyai keserasian dan ia satu faktor yang penting," kata Kimberly.
Kejayaan ini juga memperbaiki pencapaian yang dilakar sebelum ini iaitu gangsa menerusi Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Leong Mun Yee menerusi edisi 2011 di Shenzen.
Must-Watch Video