Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Universiti Dunia FISU: Skuad menembak wanita terlepas podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dina-batrisya.jpg
Skuad menembak wanita negara dalam Sukan Universiti Dunia FISU 2023 yang terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

Dalam temasya di Chengdu itu hari ini, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin, Anis Ayuni Khairi dan Dina Batrisyia Adi Azhar menamatkan saingan akhir mereka dalam acara 10 meter ‘air’ pistol berpasukan wanita di tempat kelima.

Walaupun gagal menepati sasaran untuk menaiki podium dalam temasya di Chengdu itu, Dina Batrisyia berasakan rakan sepasukannya sudah pun melakukan yang terbaik.

"Pasukan ini masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan dan peluang cerah untuk mendapatkan pingat dalam temasya akan datang," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.

   

Advertisement

Must Watch Video