Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menganggap Malaysia tetap perlu bekerja keras seandainya mahu meraih emas dalam acara regu berpasukan Sukan SEA 2023 meskipun hanya melibatkan penyertaan tiga buah negara.
Tegas Ahmad Jais, dia dan anak buahnya tidak boleh memandang rendah keupayaan mana-mana negara sebaliknya perlu mengambil serius satu perlawanan demi satu perlawanan.
Ketika ditanya mengenai persiapan fasa akhir skuad kebangsaan, pengendali kelahiran Ulu Tiram Johor itu memaklumkan segalanya berada pada tahap terbaik seperti yang dirancang.
"Persiapan kami menjadi keutamaan, bukan mengenai berapa pasukan yang bakal membuat penyertaan," katanya.
"Kami tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan, terutama Kemboja yang merupakan tuan rumah, saya percaya mereka menjalani persiapan yang lebih rapi buat Sukan SEA kali ini."
Sementara itu, dalam perkembangan sama perejam skuad sepak takraw negara, Mohd Hafizul Hayazi Adnan amengkui tugas berat menantinya sebaik sahaja dilantik sebagai kapten pasukan.
Pemain yang mesra disapa John itu gembira apabila dia dapat sokongan penuh rakan sepasukan dalam usaha untuk bentuk skuad mantap menjelang temasya Sukan SEA Kemboja bulan depan.