Atlet boling negara, Zulmazran Zulkifli, berdepan risiko diketepikan daripada berada dalam senarai akhir skuad Sukan SEA selepas disahkan mengalami kecederaan belakang.
Zulmazran mengalami kecederaan itu selepas menyertai Kejohanan Boling Kebangsaan minggu lalu dan kini dinasihatkan berehat dua minggu.
Ia satu tamparan buat skuad negara memandangkan dia antara atlet yang berada pada kemuncak prestasi selepas muncul juara Kejohanan Terbuka Thailand, 17 April lalu.
Ketua jurulatih , Holloway Cheah, kini menunggu laporan kecederaan Zulmazran sebelum membuat keputusan mengenai status pemain itu dalam skuad kebangsaan, hujung bulan depan
"Laporan perubatan akan menunjukkan sama ada dia pulih tepat pada masanya atau sudah tentu menjejaskan pemilihannya untuk pasukan," katanya.
"Ini kerana kami tidak mahu atlet membawa kecederaan dalam pasukan dan acara, yang akan menjejaskan impian emas kita."
Tetapi Cheah tampak sudah bersedia dengan kehilangan pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2011 itu kerana menyifatkan tujuh atlet lain turut berada pada tahap terbaik.
Jika Zulmazran gagal pulih, ini kali kedua berturut-turut dia terlepas Sukan SEA selepas Singapura 2015.
"Kami memiliki lapan atlet lelaki dan 10 atlet wanita yang mampu membawa cabaran. Jadi, kami mahu memilih yang terbaik. Itu sahaja.
"Zulmazran adalah antara yang terbaik tetapi kami masih ada tujuh pemain. Saya tidak bimbang mengenai perkara ini," tambahnya.