"Kecederaan adalah yang paling ditakuti ketika ini," itu yang ditekankan pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, untuk lebih berhati-hati tatkala dia akan mempertaruhkan aksi dalam Kejohanan Terbuka Malaysia bagi mengelak sebarang kecederaan serius menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Selepas menamatkan saingan dalam Kejohanan Olahraga Asia di India tempoh hari, masih ada lagi kejohanan yang perlu diberi perhatian sebelum Sukan SEA, iaitu Terbuka Malaysia pada 17 hingga 18 Julai ini.
Bagaimanapun, amat penting untuknya lebih menitikberatkan aspek kecergasan ketika ini tanpa perlu memaksa diri untuk melakukan sebarang rekod kebangsaan dalam masa terdekat.
Dia memberi fokus untuk merampas kembali gelaran ratu pecut negara dalam Sukan SEA, apatah lagi selepas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MOM), Datuk Karim Ibrahim, mengesahkan rekod 100 meter wanita masih menjadi milik G. Shanti kerana mereka belum mendapat dokumentasi sah daripada pihak penganjur di Afrika Selatan.
"Oleh kerana Sukan SEA tinggal 36 hari sahaja lagi, maka saya perlu berwaspada dengan masalah kecederaan kerana sasaran utama kami adalah Sukan SEA.
"Dengan itu, saya tidak boleh terlalu memaksa diri," katanya.
Dengan rekod kebangsaan 4x100m yang dilakarnya bersama kuartet wanita dengan catatan masa 45.18 saat di India, Zaidatul melihat perkembangan positif berjaya dicapai meskipun pelari pertama kerap kali bertukar di antara Shereen Samson Vallabouy dan Nurul Faizah Asma Mazlan.
"Pertukaran pelari pertama bukannya tidak boleh, yang penting keempat-empat pelari bekerja keras dan bekerjasama barulah boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat."