Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Waspada cabaran Indonesia

nasri-nasir-290517.jpg
Ketua jurulatih skuad silat negara, Nasri Nasir, menganggap Indonesia adalah pencabar utama Malaysia dalam Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Mereka berjaya meraih tujuh pingat emas dan empat gangsa dalam Kejohanan Terbuka Belgium minggu lalu, sekaligus muncul juara untuk meninggalkan skuad negara di tempat kedua dengan lima emas, empat perak dan empat gangsa.

Justeru, Nasri tidak menafikan Indonesia bakal menjadi pencabar utama dalam Sukan SEA akan datang.

Nasri juga menjelaskan amat penting buat pesilat negara untuk merangka strategi dalam memastikan sasaran lapan pingat emas mampu dicapai.

"Mereka jelas telah mengubah beberapa taktikal dan corak permainan.

"Kami telah mula mencongak strategi dan mempertingkat beberapa aspek yang perlu dilihat," ujarnya.

Pasukan silat negara bakal ke Vietnam bulan depan  untuk menjalani latihan intensif serta beberapa siri pertarungan persahabatan selama tiga minggu.

"Kami juga akan menjalani latihan di Cameron Highlands sebelum melalui persediaan terakhir untuk ke Sukan SEA," kata Nasri.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video