Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Usia bukan penghalang -- Zara Aleesya

zara.jpg
Atlet termuda dalam kontinjen Sukan SEA Kemboja, Zara Aleesya Mohamad Suadi yang hanya berumur 11 tahun tidak gentar akan saingan pencabar lain.

Atlet muda itu meletakkan sasaran untuk memburu pingat emas selain memperbaharui rekod peribadinya dalam acara relay 50 meter surface yang mencatat 25 saat dan relay 100 meter surface dengan catatan 56 saat.

Terdahulu, atlet berasal Melaka itu berkecimpung dalam dunia renang seawal usia 6 tahun sebelum terpilih untuk acara renang sirip hasil menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Renang Sirip Pertama Malaysia 2023.

"Selepas mengetahui saya berjaya beraksi di Sukan SEA, ini merupakan satu peluang yang terbaik buat saya meraih pengalaman di pentas ini," kata Zara.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik meraih pingat di Kemboja, serta mahu melakukan yang terbaik buat negara."

Advertisement

Must Watch Video