Jurulatih skuad bola jaring negara, Tracey Robinson, berpuas hati dengan kemenangan pertama ke atas Thailand hari ini, namun menuntutt aksi lebih mantap ketika berdepan Brunei esok.
Malaysia mempamerkan aksi meyakinkan untuk meraih kemenangan ke atas Thailand dengan keputusan 73-30.
Gandingan jentera serangan, An Najwa Azizan dan Izyan Syazana Mohd Wazir, berada di tahap terbaik selepas berjaya melakukan jaringan dengan berkesan.
Thailand gagal mencari rentak permainan sejak awal perlawanan, sekaligus membenarkan tuan rumah mengutip mata demi mata.
Walaupun meraih kemenangan selesa, jurulatih skuad negara, Robinson, mengganggap saingan tetap diberikan oleh Thailand serta mahu anak buahnya mempertingkatkan aksi mereka seterusnya.
"Kami berdepan perlawanan sukar. Terdapat beberapa perkara yang dapat diperbaiki sebelum menghadapi perlawanan akan datang," katanya.
"Bagaimanapun, pemain-pemain kami berjaya membuat lontaran dengan cemerlang."
Dalam pada itu, jurulatih Thailand, Ch'Ng Li Li, akur dengan kehebatan juara Asia itu, malah mahu memastikan anak buahnya menimba pengalaman berguna bagi memastikan tidak tewas dengan jurang besar dalam perlawanan akan datang.
"Pasukan Malaysia sangat mantap dan ampuh, begitu juga Thailand.
"Kami perlu belajar untuk menghadapai pasukan besar seperti Malaysia dan Singapura dan cuba untuk memberikan saingan kepada mereka," kata Li Li.
"Apabila berdepan cabaran, kami perlu mengharunginya agar kami terus maju."