Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Wakil kebangsaan puas hati catatan juarai Garmin Run Asia Series

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yeow-ni-jia-sukan-sea-thailand.jpg
Yeow Ni Jia terus menunjukkan prestasi cemerlang menjelang kemunculan pertamanya dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Ni Jia muncul juara bagi acara 21 kilometer (speed) dalam Garmin Run Asia Series 2025, dengan catatan masa 1 jam 14 minit dan 24 saat yang dianggap satu larian cukup bagi menguasai podium tertinggi. 

Ni Jia kini dalam persiapan rapi bagi memburu kedudukan podium maraton dalam Sukan SEA Thailand yang bermula 9 Disember depan. 



"Saya gembira dengan catatan hari ini tapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam enam minggu seterusnya. 

"Saya akan fokus kepada (program) mengekalkan kecergasan semasa memandangkan terlalu singkat untuk membina sesuatu," katanya. 

Dalam pada itu, wakil Sukan SEA 2022 negara dalam acara duathlon, Ann Pow, menitip pesan buat Ni Jia. 


"Cukup berikan fokus kepada diri sendiri. 

"Dengan kehadiran ramai atlet handalan, aspek mental paling penting," katanya.


Sementara itu, Ketua Pemasaran Garmin Singapura-Malaysia, Sheena Sim, turut menzahirkan kepuasan atas penyertaan lebih 13,000 peserta dalam kejohanan kali ini -- lebih baik berbanding edisi 2019,2023 dan 2024.

"Peserta semakin ramai selain penambahan peserta dalam jarak yang lebih jauh. 

"Ini bayangan bahawa kian ramai yang mengambil berat kecergasan dan kesihatan mereka. Perkembangan ini sesuatu yang bagus buat masyarakat," katanya. 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video