Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Wakil golf negara dimuktamadkan bulan depan

presiden-persatuan-golf-malaysia-(mga),-laksamana-(b)-tan-sri-dato-setia-mohd-anwar-mohd-nor.jpg
Skuad golf negara ketika ini masih belum ada senarai nama akhir atlet yang akan bersaing dalam Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini. 

Bagi Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana (B) Tan Sri Dato Setia Mohd Anwar Mohd Nor, berkongsi bahawa senarai panjang sudah ada.

Namun, senarai akhir hanya akan dimuktamadkan dalam masa sebulan lagi supaya panel pemilih mempunyai masa untuk memilih atlet yang terbaik mengikut prestasi semasa.

"Tujuh atlet masih memerlukan sedikit (penilaian) lagi bagi memuaskan hati panel pemilihan atas kriteria mengikut prestasi semasa. 

"Selepas diumumkan bulan depan, maka Oktober kami akan mula menjalani latihan insentif," katanya. 



Dalam pada itu, MGA buat julung kalinya menganjurkan Program Golf in School di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa yang merupakan salah satu inisiatif daripada program golf komuniti yang dilancarkan MGA.

seramai 160 murid dari tahun 4 & 5 terlibat dengan aktiviti ini dengan sasaran utama untuk memperkenalkan sukan golf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.

"Kami akan di SK Taman Desa bagi memperkenalkan golf dalam sukan ko-kurikulum bagi pembangunan awal, terutama sekolah rendah," kata jurulatih golf komuniti, Muhammad Alir Fisthoaniq.



 
Golf

Main Macam Pro

Lengkapkan permainan golf anda dengan peralatan yang direka untuk kawalan & prestasi.


Upgrade Sekarang

Advertisement

Must Watch Video