Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Rekod baru antara misi 4x100m wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azreen-nabila.jpg
Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias, tidak rela hilang kedudukan podium acara 4x100 meter dalam Sukan SEA Thailand yang bermula 9 Disember depan. 

Azreen Nabila merupakan sebahagian daripada kuartet wanita negara yang meraih tiga pingat gangsa dalam tiga edisi terakhir temasya dwitahunan itu.

Bermula dengan Sukan SEA Filipina, olimpian itu membantu kuartet negara yang turut dibarisi Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling, melengkapkan kedudukan podium.

"Saya tidak pernah buat kesilapan ketika permulaan larian. 

"Saya perlu banyak berlatih di garisan permulaan, berhati-hati selain fokus.

"Saya harap dapat catat rekod baru (44.58s yang dicipta dua tahun lalu)," katanya. 

Azreen Nabila bakal melakukan penampilan kelima dalam Sukan SEA dan menggalas tanggungjawab besar selaku pelari pertama kuartet negara -- bebanan tanggungjawab dan tekanan itu menjadi sebahagian daripada risiko yang harus digalasnya. 

Apatah lagi teknologi terkini di garisan permulaan lebih sensitif kepada pergerakan walaupun dibezakan dengan milisaat.

Lantaran itu, Azreen bersiap siaga untuk mengharungi fasa kritikal program pemerkasaan di bawah pemantauan jurulatih, Poad Kassim.

Berbaki enam minggu temasya itu, Azreen Nabila enggan episod duka tercedera dalam temasya utama kembali menghantui dirinya.

"Dengan kejohanan makin dekat, kami perlu berhati-hati dan menjaga disiplin," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video