Jurulatih yang dipanggil membantu Manshahar Abdul Jalil mempersiapkan skuad olahraga negara ke Sukan SEA Thailand, Disember hadapan, Poad Kassim, beri bayangan untuk mempertaruhkan bakat muda, Aiman Ikhwan Yahya, dalam kuartet 4x100 meter negara.
Aiman Ikhwan mencuri tumpuan selepas dinobat Raja Pecut Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Perlis menerusi catatan luar biasa 10.40 saat.
Rekod baru MSSM tersebut membawa tuah buatnya yang dicanang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azeem Fahmi yang mengesahkan tidak akan beraksi dalam temasya dwitahunan itu kali ini.
"Dia di bawah kendalian saya dan saya tahu perkembangannya.
"Tapi banyak faktor dalam acara berganti-ganti yang membabitkan aspek kemahiran menerima dan melepaskan baton.
"Dia masih kurang pendedahan tetapi dia antara lima pelari dalam senarai.
"Kami menyasarkan podium tetapi banyak yang faktor perlu dilihat lagi," katanya.