Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Pingat emas mencabar tapi tak mustahil -- Muhaizar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maraton.jpg
Atlet marathon negara, Muhaizar Mohammad, masih tertanya-tanya mengena situasi dirinya sama ada bersaing atau tidak di Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Perkara itu susulan pemenang dua kali pingat gangsa acara marathon di Sukan SEA itu masih belum mendapat maklum balas daripada pihak berwajib berkenaan penglibatannya di temasya dwi tahunan itu kali ini.

"Sukan SEA, saya tidak pasti lagi. Untuk layak ke Sukan SEA saya masih tidak dapat maklum balas lagi daripada KOM atau MSN.

"Mungkin selepas Terbuka Malaysia. kita lihat bagaimana nanti," katanya.

Sementara itu, walaupun masih samar-samar mengenai penglibatannya, Muhaizar masih mengambil pendekatan untuk sentiasa bersedia daripada segi persiapan fizikal dan mental sekali gus fokus dalam merebut emas pertamanya dalam kempen Sukan SEA.

"Untuk rangkul emas memang cabaran besar tetapi tidak mustahil kerana kejohanan di Thailand. Persediaan perlu lebih baik." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video