Di sebalik kesibukan atlet olahraga negara dalam fasa persediaan akhir menuju Sukan SEA Thailand yang bermula 9 Disember depan, Nor Sarah Adi mencanang kebangkitannya.
Nor Sarah yang berada di bawah pemantauan ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, mengadakan pertemuan empat mata dalam satu sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).
Difahamkan, kehadiran Manshahar bagi meneruskan program pemerkasaan yang telah disediakan Roslinda Samsu.
Manshahar merupakan sosok penting di sebalik kejayaan atlet berusia 25 tahun itu yang menjuarai lompat bergalah Sukan SEA Hanoi 2022.
"Dia baru pulih daripada kecederaan, kami akan cuba bantu dia mendapatkan prestasi terbaik.
"Walaupun tidak banyak pertandingan disertainya pada tahun ini, kami mengharapkan dia dapat menjelmakan lompatan sekurang-kurangnya 4.10 meter.
"Dia perlu melakukan lompatan 4.20m atau 4.30m untuk mencerahkan peluang memenangi pingat emas," kata Manshahar di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil.
Antara punca kejatuhan prestasi Nor Sarah termasuk deretan kecederaan serius hingga mengganggu prestasinya.
Baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki dan kecederaan bahu, enam minggu menuju Sukan SEA Thailand, Nor Sarah dalam fasa menyesuaikan diri dengan teknik dan galah baru.
Mengenali Nor Sarah sejak di awal karier, Manshahar menaruh keyakinan atlet itu kekal di kedudukan podium temasya dwitahunan berkenaan.
"Kekuatan dalaman merupakan kekuatan atlet.
"Nor Sarah seorang atlet yang sangat bermotivasi tinggi. Walaupun dalam keadaan sukar, dia sentiasa inginkan yang terbaik.
"Keghairahan untuk bertanding ada padanya," katanya lagi.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang