OLAHRAGA
Sukan SEA Thailand: Khairul Hafiz kekal dengan pendirian awal
Raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan, menyifatkan tindakannya untuk bersara sebagai realistik andai dia gagal layak ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Adalah normal sebagai seorang atlet untuk mengetahui tahap dan hadnya dalam karier, apatah lagi dirinya sering dibelenggu kecederaan.
"Seseorang atlet pasti tahu batasnya menuju persaraannya.
Iklan
"Ramai yang beri kata-kata semangat supaya saya tidak bersara lagi, perlu mencuba lagi.
"Kalau tiada rezeki, tidak ke mana. Jika tidak, saya akan teruskan perancangan masa akan datang," katanya di Bukit Jalil hari ini.
The Speedy Jantan turut melahirkan kegusaran berkenaan kem pecut negara yang hingga kini masih belum punya pengganti jurulatih.
Namun, situasi ini akan menjadi kayu pengukur terbaik buat seseorang atlet itu untuk menjadikannya cabaran dan pada masa sama menguji disiplin dan latihan dalam nenpersiapkan diri menjelang kejohanan-kejohanan besar.
"Terpulang kepada atlet. Kena ada disiplin dan keyakinan diri.
"Semua orang boleh nampak bahawa atlet di Malaysia kadang-kadang tiada jurulatih.
"Itulah cabaran bagi atlet. Selagi boleh ikut dan belajar perkara baru, saya akan teruskan," katanya lagi.
Must-Watch Video