OLAHRAGA

Sukan SEA Thailand: Kem pecut tagih sentuhan jurulatih

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
23/02/2025
11:02 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA Thailand: Kem pecut tagih sentuhan jurulatih
Pelari pecut wanita kebangsaan, Azreen Nabila Alias, menaruh harapan besar untuk melihat jurulatih pecut baru diperkenalkan secepat yang mungkin.
Menjelang Sukan SEA Thailand hujung tahun ini, Azreen Nabila berpendapat jika jurulatih baharu itu lambat dilantik, ia sedikit mengganggu persiapan memandangkan atlet perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan program latihan yang baru.
"Sekarang kami berlatih di bawah Robert (Ballard).
"Programnya mengambil masa yang lama dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya dapat menyesuaikan diri.
"Saya harap jurulatih dilantik secepat mungkin agar kami dapat menyesuaikan diri dengan persiapan ke Sukan SEA -- satu kejohanan yang besar pada tahun ini," kata pemenang pingat gangsa Sukan Asia itu.
Sementara itu, Azreen Nabila memasang misi besar untuk mengejar kedudukan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli musim ini.
Pencapaian Zaidatul Husniah memecah rekod kebangsaan tahun lalu menjadi pembakar semangat buat Azreen Nabila untuknya memasang impian meleburkan rekod itu dengan kadar segera.
"Lambat atau cepat, saya mahu mengatasi catatannya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video