Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Jadual padat cabaran Geeri sebagai atlet, pelatih industri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

geeri.jpg
Atlet kumite negara, S. Geerijaieswaran Pillai, mengakui berdepan cabaran sukar untuk membahagikan masa sebaiknya antara komitmen terhadap negara serta bekerja sebagai pelatih industri selama empat bulan di Institut Sukan Negara.

Meskipun perlu mengharungi keletihan dan jadual yang padat, Geeri masih komited menunjukkan disiplin luar biasa dalam mengimbangi komitmen tersebut.

Lebih menarik, prestasinya kini berada di tahap terbaik memberikan petanda positif buat skuad karate negara menjelang temasya Sukan Sea Thailand.

"Memang penat, pagi pergi latihan kemudian saya perlu terus pergi kerja dan perlu berlatih lagi pada waktu petang selepas kerja, malam sahaja ada sedikit masa untuk lakukan perkara lain, memang atlet perlu lakukan pengorbanan sedikit." katanya kepada wartawan Nadi Arena, Husna Zainudin.

Beraksi dalam kategori kumite bawah 67kg lelaki, Geeri mahu menggunakan penampilan di kejohanan Series A di Austria September depan sebagai medan ujian terakhir sebelum ke Sukan Sea.

Latihannya kini lebih tertumpu kepada aspek tempo serangan, peningkatan stamina dan variasi teknik pukulan.

"Secara khususnya tiada kerana kita saling bertukar pasangan ketika sesi latihan, setiap orang memiliki gaya teknikal tersendiri jadi kami berlatih dengan semua," tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video