SUKAN SEA
Sukan SEA Thailand: Gimnastik kecewa empat acara gugur
Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) kecewa dengan penganjur Sukan SEA 2025 berikutan menggugurkan empat acara utama dan hanya menawarkan 10 kilauan pingat emas.
Meskipun keputusan itu memperoleh persetujuan majoriti negara Asia Tenggara dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGP) yang lalu, namun senario ini bagaikan satu langkah ke belakang buat gimnas elit di rantau ini.
Empat acara gimnastik artistik yang digugurkan ialah individu all around serta berpasukan lelaki dan wanita.
Iklan
Memandangkan Sukan SEA di Thailand diadakan pada Disember 2025, MGF mula merencana persiapan yang meliputi fasa kem latihan di Seoul, Korea Selatan, sebelum menyertai Kejohanan Asia pertengahan tahun hadapan.
"Kategori lelaki ada enam acara, wanita pula empat acara dipertandingkan.
'Saya hadir mesyuarat di Bangkok dan bangkitkan perkara ini bahawa 'ini tidak betul'.
"Satu pingat emas yang dikurangkan boleh membunuh seorang.
"Saya sangat tahu kepentingan satu emas, ia boleh mengubah hidup seorang atlet.
"Pingat emas itu mungkin tidak mahal, mungkin bernilai RM100-RM200 tapi ia boleh jana beratus-ratus juta," kata Timbalan Presiden MGF, Kau Git Kaur, di Nadi Arena.
Must-Watch Video