TINJU
Sukan SEA Thailand: DNA Thailand taruhan buru emas sulung tinju
Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) mempunyai percaturan tersendiri dalam misi membawa pulang pingat emas Sukan SEA pertama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Sasaran PTM terarah kepada kategori mini flyweight (48kg) dan flyweight (51kg) dengan taruhan utama disandarkan terhadap Muhammad Abdul Qaiyum Arifin.
PTM mengambil langkah drastik dalam memperkasakan program persiapan atlet menerusi kem latihan kendalian Supawit Chareonsook -- yang dilantik sejak Februari lalu -- selama enam bulan di Thailand selain menyertai kejohanan kompetitif di Kazakhstan.
Iklan
Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkefli, menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada perancangan menuju Sukan SEA Thailand dan Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan menaruh kepercayaan peninju muda B-23.
Pendekatan ini bagi mempersiapkan mereka hingga Sukan SEA 2027 yang menyaksikan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.
"Berdasarkan kajian kami terhadap atlet luar negara untuk Sukan SEA ini, kami sasar kategori yang mempunyai eluang cerah.
"Tiga atlet sudah cukup untuk persiapan rapi. Kami tidak boleh buat lebih sebab wajib ada emas dalam Sukan SEA. Persiapan ini akan diteruskan untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
"Kejohanan di Thailand akan medan pemilihan akhir peninju negara yang bakal mengisi tiga slot kategori A.
"Tiga atlet ini kami pilih untuk latihan pusat di Thailand. Kami mahu jimatkan kos supaya mereka dapat menyertai lebih banyak kejohanan di luar negara," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video