Teka-teki pelantikan barisan kejurulatihan baru skuad olahraga negara membuatkan bekas pelumba jalan kaki negara, Lo Choon Sieng, tidak senang duduk menantikan jawapan sama ada dirinya terpilih atau sebaliknya dalam transisi baru kem olahraga menuju Sukan SEA Thailand pada Disember depan.
Malah difahamkan, Choon Sieng merupakan salah seorang calon jurulatih tempatan yang dipertimbangkan untuk berada dalam barisan kejurulatihan negara.
Choon Sieng merupakan pemenang pingat emas lumba jalan kaki 20 kilometer Sukan SEA 2011 Jakarta di Palembang selain menamatkan saingan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi di tempat ketujuh.
Choon Sieng yang kini bergelar jurulatih sejak tiga tahun lalu tidak berselindung menyuarakan keterujaannya untuk berbakti pada kem olahraga negara andai dipilih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Lebih menarik lagi hasil tunjuk ajar Choon Sieng, atlet lumba jalan kaki Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong, layak secara merit ke Sukan SEA hujung tahun ini dengan catatan masa yang jauh lebih baik dari pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja, iaitu pelari indonesia, Hendro Yap.
Nasib Choon Sieng bakal diketahui dalam masa terdekat menerusi satu kenyataan rasmi oleh Majlis Sukan Negara.
"Saya memang menyukai kerana dari dahulu saya mengikuti. Dalam sukan ini proses pemulihan amat penting dan perancangan masa penting juga.
"Sains sukan sangat penting, jika dipilih memang tanggungjawab menamatkan larian atlet dalam kedudukan podium. Dalam Sukan SEA kita selalu dapat pingat emas.
"Dapat bantu mental atlet dan program latihan. Jika nama saya ada saya gembira untuk sumbangkan bakti kepada negara dalam Sukan SEA itu nanti." katanya.