Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Atlet tidak ada jurulatih tidak seharusnya berlaku -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meluahkan kebimbangan terhadap nasib atlet tukul besi negara yang masih tiada jurulatih sejak dua tahun lalu dan menjelang lapan bulan ke Sukan SEA di Thailand, Disember depan.

Tiada jurulatih khusus yang dibekalkan kepada atlet-atlet seperti Grace Wong, Sadat Marzuki dan Nurul Hidayah Lukman, lantas Hannah menyifatkan situasi ini amat mengecewakan dan menuntut penjelasan dan tindakan segera daripada Malaysia Athletic (MA). 

Tegasnya, atlet negara wajar diberikan sokongan penuh terutama menjelang kejohanan utama peringkat antarabangsa.



"Saya telah berikan masa singkat kepada MA untuk selesaikan isu dalaman tentang pelantikan jurulatih. 

"Mereka perlu buat keputusan dan maklumkan kepada MSN. 

"Kami telah beberapa kali mengadakan perbincangan, atlet tidak ada jurulatih tidak seharusnya berlaku. 

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, pula memaklumkan bahawa perbincangan telah dijalankan dan pihaknya berharap MA dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin demi persiapan atlet.

"Kami telah berbincang dengan mereka tentang perancangan dengan secepat mungkin sebelum diluluskan MSN," katanya pula. 

Dalam masa sama, Pengarah Teknikal MA, Robert Ballard, memberi bayangan pelantikan seorang jurulatih dari Cuba.

Ia menjuruskan kepada bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Athens 2004 acara baling tukul besi wanita, Yunaika Crawford, yang mengetuai sesi klinik bersama atlet tempatan pada 2024.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video