Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA sudah terima tajaan RM72 juta

11517kj.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan jumlah penajaan untuk Sukan SEA kini sudah mencecah RM72 juta dengan membabitkan barangan dan wang tunai.

Khairy berkata temasya itu masih memerlukan RM8 juta bagi menepati sasaran walaupun yakin jumlah itu mampu dicapai dalam masa kurang 100 hari.

Jelasnya, daripada jumlah RM72 juta yang terkumpul, RM50 juta adalah barangan penajaan manakala RM22 juta adalah dalam bentuk wang tunai.

"Kini tinggal lapan juta. Setakat ini wang tunai terkumpul sebanyak RM22 juta daripada sasaran RM30 juta.

"Sementara itu, penajaan barangan adalah RM50 juta dan ia sudah mencapai sasarannya," kata Khairy dalam majlis penajaan daripada Spritzer, hari ini.

Spritzer, iaitu jenama air mineral terkenal negara, tampil sebagai penaja dengan nilai tajaan antara RM1 juta hingga RM3 juta.

"Pemasaran akan dibuat melalui botol air Spritzer yang akan siap pada hujung bulan ini," tambahnya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sekretariat Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer, Kenny Lim.

Advertisement

Must Watch Video