Kecederaan tonggak utama negara serta persiapan agresif tuan rumah mewarnai misi skuad ragbi 7s mempertahan pingat emas dalam Sukan SEA di Filipina.
Filipina berhasrat mencipta sensasi sama seperti Malaysia ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 apabila memperkasakan skuad dengan barisan terbaik mereka.
Tinjauan kem negara ke atas persiapan Filipina membawa perkhabaran mereka sah mendapatkan khidmat pemain kacukan dan naturalisasi.
"Dua tahun lalu, Filipina tidak menurunkan barisan terbaik dan kali ini mereka akan memperkuatkan pasukan dengan pemain-pemain terbaik. Ia adalah halangan buat kami mempertahankan pingat emas tetapi saya dan rakan sepasukan sedia menampilkan permainan terbaik," kata pemain ragbi 7s negara, Muhammad Ameer Nasrun Zulkefli.
Sementara itu, skuad negara perlu menangani dua kecederaan membimbangkan, dengan seorang membabitkan pemain tonggak.
Penyertaan Muhammad Firdaus Tarmizi ke Sukan SEA Filipina menjadi tanda tanya selepas disahkan mengalami kecederaan lutut.
"Setakat ini, suasana kem latihan sangat baik dan kami telah mula mendapatkan keserasian di antara pemain."