Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) hanya menyasarkan tiga pingat gangsa dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Bagaimanapun, ia hanyalah satu sasaran dan barisan pemain bertekad membuktikan mereka mampu mengubah kilauan gangsa kepada warna yang lebih baik.
Tiga gangsa yang disasarkan itu adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian negara dalam edisi 2015 di Singapura di mana mereka berjaya menyumbangkan satu perak dan tiga gangsa.
Sasaran itu dianggap realistik oleh pihak persatuan dan barisan kejurulatihan negara memandangkan prestasi skuad negara tidak konsisten, tambahan pula kemampuan pemain lawan, terutama Singapura, yang mengharapkan pemain 'import' dari China untuk memberi tentangan sengit kepada Malaysia.
"Kami perlu realistik.
"Buat masa ini, pasukan lelaki lebih mantap berbanding sebelum ini dan kami berharap meraih pencapaian lebih daripada sekadar gangsa," ujar jurulatih negara, Beh Lee Wei.
Namun, pemain negara percaya dengan penganjuran di Kuala Lumpur serta mendapat sorakan penyokong tempatan, ia akan dijadikan tonik untuk membantu mereka mempamerkan aksi terbaik di dalam gelanggang.
Dan lebih menarik, dua tonggak senior negara, Shakirin Ibrahim dan Ng Sock Khim, berikrar untuk cuba mara ke perlawanan akhir bagi acara masing-masing dan merebut emas kerana Sukan SEA kali ini berkemungkinan adalah yang terakhir buat mereka sebelum bersara.
Dua tahun lalu, Sock Khim berjaya menyumbangkan perak manakala Shakirin berjaya meraih gangsa menerusi berpasukan lelaki bersama Leong Chee Feng, Muhammad Ashraf Haikal dan Wong Chun Cheun.
"Ini merupakan kali kedua saya beraksi selaku peserta tuan rumah, yang pertama pada 2001.
"Begitupun, saya berasa agak berbeza," kata Sock Khim.
Biarpun acap kali kecundang awal di pentas antarabangsa, satu aspek yang harus dipuji buat barisan pemain negara adalah mereka masih kental dan giat menjalani latihan untuk memperbaiki kelemahan.
"Walaupun Singapura diperkuatkan oleh pemain dari China, kita tidak perlu menganggap atlet mereka terlalu besar mahupun ternama," ujar Shakirin.