Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad karate Thailand laung amaran awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

23517puvaneswaran.jpg
Bekas jaguh karate negara, R. Puvaneswaran, yang kini mengendalikan skuad karate Thailand, memberi amaran untuk mendominasi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila dua kali berturut-turut berjaya mencapai sasaran kejohanan tahun ini.

Puvaneswaran tidak mengambil masa lama untuk memikat hati peminat karate-do di Thailand.

Bekas juara Asia ini dilantik sebagai pengendali pada Januari lalu dan segera mencipta impak apabila membantu Thailand mendominasi Terbuka Thailand pada Mei, diikuti empat pingat emas Kejohanan Asia Tenggara (SEAKF) di Indonesia, dua minggu lalu.

Apa yang membimbangkan, ia mengatasi pencapaian Malaysia dengan tiga emas.

Ia petanda sentuhan Puvaneswaran menjadi, sekali gus akan menjadi ancaman untuk skuad negara merebut 16 emas yang ditawarkan dalam temasya Ogos depan.

"Skuad Thailand telah menyertai dua kejohanan, iaitu Terbuka Thailand dan SEAKF. Mereka telah mempamerkan prestasi yang bagus selepas memenangi empat pingat emas.

"Thailand bakal membuat persiapan di Jepun bagi menghadapi Sukan SEA pada Ogos ini," katanya..

Tugas Puvaneswaran lebih mudah apabila disasarkan untuk mengatasi pencapaian dua emas dalam Sukan SEA Myanmar 2013, kali terakhir acara itu dipertandingkan dalam temasya dwitahunan itu.

Selepas ini, Thailand akan menyertai Kejohanan Karate-Do Asia (AKF) di Kazakhstan, Julai depan, sekali gus berpeluang menguji kehebatan Malaysia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video