Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) yakin atlet gimrama mampu mencapai sasaran lima emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Sukan SEA di Filipina, November depan.
Delegasi teknikal gimrama MGF, Patrina Low Lai Hun, berkata sasaran lima pingat emas itu adalah empat menerusi acara individu dan satu dalam kategori latihan berkumpulan.
“MGF memerlukan senarai panjang untuk Sukan SEA. Kami mempunyai lima gimnas senior dalam senarai,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil 2/2019 untuk sukan gimrama hari ini.
Low berkata gimnas senior yang disenaraikan adalah Amy Kwan, Koi Sie Yan, Izzah Amzan, Rayna Hoh Khai Ling dan Tammy Ng Jia Wen untuk acara individu manakala bagi acara latihan berkumpulan masih belum ditetapkan.
Beliau berkata senarai muktamad skuad gimrama negara untuk beraksi dalam temasya dwitahunan itu hanya akan diputuskan berdasarkan prestasi dalam tiga kejohanan antarabangsa yang bakal disertai mereka selepas ini.
“Maksimum empat gimnas akan dipilih daripada senarai panjang untuk ke Sukan SEA. Kami akan mengadakan ujian pemilihan dan juga melihat kepada keputusan daripada beberapa kejohanan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata atlet gimrama negara akan berlepas ke Yaroslavl, Rusia minggu depan untuk saingan persahabatan dari 22 Mei hingga 2 Jun sebelum ke Pattaya, Thailand bagi menyertai Kejohanan Asia dari 18 hingga 23 Jun.
Skuad gimrama negara kemudian dijadual berlepas ke Baku, Azerbaijan untuk menyertai Kejohanan Dunia dari 16 hingga 22 September.
“Kemungkinan selepas Kejohanan Dunia, atlet akan ditempatkan di Russia untuk latihan pada akhir September selama tempoh kurang satu bulan,” katanya.
Untuk rekod, skuad gimrama negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA