Skuad boling padang negara berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang berbeza menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Skuad kebangsaan akan menjalani latihan di venue tuan rumah Julai ini bagi menyesuaikan diri dengan permukaan padang di venue itu.
"Ketika ini, kami sedang mengadakan latihan pusat di Bukit Kiara.
"Kami juga akan mengadakan latihan selama dua atau tiga minggu di Filipina tetapi kami berdepan masalah pelepasan pemain.
"Masalahnya, kami tidak dapat berlatih di padang rumput dan Filipina dijangka akan menggunakan padang rumput sebagai venue perlawanan," kata ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh.
Dalam pada itu, Zuraidi megesahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memberikan pelepasan terhadap dua pemain negara untuk menjalani latihan secara sepenuh masa.
Ia menyaksikan Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) kini hanya menantikan pelepasan pemain daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Seramai tujuh pemain daripada PDRM disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
"Kami memerlukan latihan bersama bagi mengukuhkan gandingan mereka.
"Disebabkan itu, kami memerlukan kerjasama daripada majikan supaya melepaskan atlet untuk berlatih bersama.
"Saya berharap mereka akan diberikan pelepasan secara sepenuh masa," tambahnya.