Majlis Sukan Negara (MSN) telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama pihak Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) bagi menentukan hala tuju sukan tersebut menjelang Sukan SEA Manila, November depan.
PLBM memutuskan untuk menghantar barisan atlet boling padang ke Kejohanan Boling Padang Terbuka Australia bulan depan bagi persiapan awal buat mereka membolot enam pingat yang ditawarkan dalam Sukan SEA Filipina 2019.
Badan induk itu akan menghantar seramai 20 atlet ke Gold Coast yang mewakili kategori perseorangan, berpasangan, bertiga dan berempat sepasukan meskipun acara perseorangan tidak dipertandingkan di Filipina nanti.
Skuad boling padang dalam saingan dwitahunan itu di Kuala Lumpur 2017 berjaya meraih tujuh pingat emas dan satu perak daripada lapan acara yang dipertandingkan.
Ikuti butiran lanjut dan Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.