Sukan boling sering dilabelkan sebagai lubuk emas kontinjen negara dalam setiap edisi Sukan SEA.
Kejayaan muncul juara keseluruhan dengan pungutan lima pingat emas di Singapura dua tahun lalu pastinya mahu diulangi skuad negara di laman sendiri, Ogos ini.
Skuad boling lelaki negara dilihat memiliki peluang cerah untuk meraih emas jika berdasarkan kepada kejayaan muktahir diraih tiga pemain negara, Muhd Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Adrian Ang.
Rafiq baru sahaja memenangi Kejohanan Terbuka Singapura sementara Syafiq menamatkan kemarau penantian kejuaraan selama empat tahun selepas muncul juara di Macau.
"Bagi saya, Sukan SEA akan datang merupakan masa terbaik untuk kembali meningkatkan permainan saya kerana sudah sekian lama saya tidak beraksi dengan baik," ujar Rafiq.
Prestasi Adrian juga semakin memuncak apabila menjuarai Jelajah Boling Asia di Macau, 25 Jun lalu.
"Menang atau tidak, kami perlu meneruskan usaha. Dalam pasukan ini, kami sangat menyokong antara satu sama lain, jadi kami tidak bimbang menjelang Sukan SEA," jelas Adrian.
Dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Alex Liew serta pemain muda, Ahmad Muaz Fishol, pasukan lelaki dijangka mampu mengulangi pencapaian tiga pingat emas di Singapura.
Bagi kategori wanita, pasukan negara dijangka menerima cabaran sengit Singapura yang diketuai Jazreel Tan.
Bagaimanapun, kualiti yang ada pada skuad wanita tidak boleh dipandang rendah, terutama kejayaan bersejarah dicapai dua pemain negara, Siti Safiyah Abdul Rahman dan Sin Li Jane.
Mereka berdua baharu sahaja muncul juara dalam dua kejohanan anjuran Persekutuan Pemain Boling Profesional(PWBA) di Amerika Syarikat.
Selain itu, atlet muda, Radin Nur Najwa Arifah juga semakin mencuri tumpuan apabila muncul juara Kejohanan Macau yang juga trofi pertamanya selepas lima tahun diserapkan dalam skuad kebangsaan.
Situasi itu pasti membuatkan ketua jurulatih, Holloway Cheah dalam keadaan sukar memilih enam pemain ke Kuala Lumpur 2017 ketika Syaidatul Afifah, Shalin Zulkifli dan Sharon Koh juga berada dalam senarai tersebut.
"Yang berada di Amerika Syarikat juga sedang beraksi dengan baik. Jadi peluang untuk disenaraikan ke Sukan SEA itu masih samar. Apa pun saya berharap dapat beraksi di Kuala Lumpur 2017," kata Ajwa.
Sebanyak 11 pingat emas ditawarkan untuk boling dengan pengenalan acara beregu campuran di Sukan SEA kali ini.