Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Singapura destinasi akhir skuad olahraga sebelum ke Kemboja

haiqal-hanafi.jpg
Kejohanan Terbuka Singapura menjadi pentas terakhir buat skuad olahraga negara sebelum membawa cabaran ke Sukan SEA Kemboja namun barisan atlet pecut negara tidak menyertai banyak acara. 

Sebaliknya, mereka menganggap saingan ini sebagai aksi pemanas badan memandangkan Sukan SEA yang semakin hampir.

Objektif utama di Singapura adalah untuk meningkatkan tahap persediaan serta menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan.

Skuad pecut negara akan bertolak ke Singapura esok untuk beraksi dalam acara 4x100 meter Jumaat ini.

"Persiapan berjalan dengan lancar kami telah mula menjalani latihan bermula hari ini," kata atlet pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.

"Kami telah mula mendapatkan keserasian antara pelari dan mahu berusaha memperbaiki masa yang lebih baik," kata atlet negara, Khairul Hafiz Jantan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Muhammad Haiqal Hanafi, pula berkata, "Andai saya dapat memperbaiki catatan larian, saya yakin mampu menghadirkan pingat buat kontinjen negara. Saya berharap tiada kecederaan dihadapi selepas menempuhi fasa latihan yang sangat intensif bagi menghadapi keputusan di Kemboja nanti."

Advertisement

Must Watch Video