Pemain boling negara, Shalin Zulkifli, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk beraksi buat kali kedua di laman sendiri dalam Sukan SEA Kuala Lumpur sambil menjangkakan suasana berbeza akan dirasainya kali ini.
Shalin bakal membuat penampilan kelapan dalam Sukan SEA -- aksi keduanya di Kuala Lumpur apabila pernah beraksi pada 2001.
Dia menyifatkan perbezaan cukup ketara bakal dirasai kerana 16 tahun lalu, venue pertandingan adalah di Pusat Boling Mega Lanes Prai, Pulau Pinang, dan kali ini mereka bakal beraksi di Sunway Mega Lanes.
Selaku pemain berpengalaman luas, pingat emas pasti menjadi sandaran utamanya dalam acara berpasukan manakala cukup sekadar meraih podium bagi acara individu.
"Kami berlatih dan berasa selesa di sini.
"Kali ini, rakan sepasukan adalah berbeza berbanding skuad 2001 yang ketika itu dibarisi atlet muda," katanya.
Bagi Rafiq Ismail pula, dia menganggap acara berpasukan menjadi misi wajib menang selain turut sedar tugasan mempertahankan pingat emas individu bukan tugas mudah.
"Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri.
"Secara peribadinya, saya menyasarkan untuk menduduki kelompok tiga pemain terbaik dalam acara individu.
"Sasaran saya adalah emas bagi acara berpasukan," ulasnya.
Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA, Datuk Marina Chin, yang tidak terlepas melakukan lawatan ke venue latihan, percaya boling masih lubuk emas kontinjen negara, dengan pencapaian terbaik mereka adalah tujuh emas pada 2001.
"Saya bersembang panjang lebar dengan jurulatih mereka, Holloway Cheah, dan mereka mempunyai keyakinan tinggi untuk beraksi baik.
"Berdasarkan sesi latihan, saya yakin mereka mampu mencapai sasaran pingat yang ditetapkan," katanya dalam lawatan itu.
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sudah pasti mahu digunakan sebaik mungkin oleh skuad negara dalam menyumbang seberapa banyak emas dengan keseluruhan 11 emas ditawarkan menerusi enam acara membabitkan lelaki dan wanita.