Jurulatih menembak negara, Mohd Sabki Mohd Din, mengesahkan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) pada awal bulan depan menjadi medan pemilihan terakhir atlet menembak ke Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos ini.
Menembak bagi Sukan SEA kali ini hanya menawarkan acara individu setelah acara berpasukan tidak dipertandingkan.
Ia sekali gus menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan atlet menembak untuk mewakili negara dalam setiap acara.
Tidak terkecuali saingan bagi merebut dua slot acara 10 meter air rifle lelaki membabitkan Ezuan Nasir Khan, Zul Haziq Rosli, Zubair Mohamad dan Hadafi Jaafar.
"Untuk pemilihan akhir nanti, kami akan buat selepas Kejohanan SEASA," kata Mohd Sabki.
"Tetapi saya pasti atlet yang telah menunjukkan prestasi yang bagus sebelum kejohanan itu, pasti akan terpilih."
Berdasarkan prestasi semasa, Ezuan dan Zul Haziq tampak menjadi calon pilihan.
Ini susulan kedua-duanya cemerlang membidik emas dalam dua kejohanan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Ezuan ketika Kejohanan Trofi Tun Haniff manakala Zul Haziq ketika Kejohanan Trofi Presiden Ally TH Ong.
"Saya akan fokus untuk acara 10 meter kerana dalam acara 15 meter, saya sudah ada peningkatan. Maka, untuk 15 meter tidak perlu diberikan tumpuan kerana nanti akan jadi terlebih berlatih.
"Apabila fokus 10 meter, diharapkan skornya akan menjadi setaraf dengan 15 meter," kata Ezuan.
"Persaingannya agak susah juga tetapi saya tidak akan ambil peduli kerana mereka rakan-rakan saya juga. Saya hanya ikut kepada program yang jurulatih sediakan dan kami akan tengok pada persembahan akan datang," kata Zul Haziq.
Kejohanan SEASA dari 3-13 Mei itu adalah pentas terbaik buat penembak kebangsaan meningkatkan prestasi untuk menghadapi Sukan SEA.