Pelari maraton negara, Mohd Shahidan Alias, menghormati keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mengumumkan sasaran awal tiga pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 walaupun ia dilihat terlalu mudah untuk dicapai.
"Sasaran mudah dicapai," demikian pandangan banyak pihak selepas Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, mengumumkan sasaran awal tiga emas Sukan SEA.
Ia dilihat terlalu mudah dicapai memandangkan skuad olahraga mempamerkan peningkatan mendadak sejak tahun lalu.
Bagi atlet olahraga, sasaran itu mengurangkan tekanan buat mereka.
"Setiap atlet saya pasti ada kemampuan untuk merangkul pingat. Saya harap kelebihan di laman sendiri akan menyuntik kekuatan kepada setiap atlet untuk melakukan yang lebih baik tahun ini," ujar Shahidan.
Pencapaian terbaik skuad olahraga negara ialah 16 emas dalam Sukan SEA Jakarta 1997.
Bagaimanapun, prestasi Malaysia makin merosot sehingga meraih tiga emas dalam Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.
Sementara itu, Shahidan dilantik sebagai duta My Healthy Run yang akan berlangsung di ibu kota, Sabtu ini.
"Dia memiliki reputasi yang baik di samping akan beraksi di Sukan SEA. Jadi, kita perlu beri sokongan yang baik kepadanya," kata Suffian Affindi selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABD Event.