Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Sasaran 40 emas masih mampu dicapai -- Hannah Yeoh

hannah.jpg
Prestasi skuad negara dalam temasya Sukan SEA Kemboja masih di landasan tepat bagi mencapai sasaran 40 pingat emas.

Walau tercicir dalam beberapa acara yang sering menyumbang pingat buat negara, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, gembira dengan kejutan daripada atlet muda yang baru beraksi di pentas Sukan Asia itu.

Ekoran kejayaan yang ditunjukkan selama lima hari Sukan SEA membuka tirai, Hannah juga positif berkata memperuntukkan dana serta infrastruktur bakal diberikan buat para atlet dan persatuan untuk kebajikan dan kecemerlangan dapat diteruskan.

"Kami akan meneliti keputusan selepas tamat Sukan SEA dengan menilai sukan yang cemerlang serta berusaha untuk meningkatkan lagi tahap ketika beraksi di pentas antarabangsa," kata Hannah.

Dalam masa sama, Hannah Yeoh, turut berkongsi status Michelle Chai selaku penolong penyelaras Road to Gold (RTG) masih belum diputuskan.

Menurutnya, perbincangan lanjut akan diadakan sejurus tamat temasya Sukan SEA 17 Mei depan.

Terdahulu, Michelle Chai meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) susulan aksi kurang memberangsangkan daripada skuad badminton wanita negara.

"Mengenai peranan Michelle, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video