Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Saingan rebut slot kedua pelari pecut lelaki masih terbuka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga-bakal-lubuk-emas-negara-mumtaz.png
Slot untuk dua pelari pecut negara bagi mengibarkan cabaran dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan belum dimuktamadkan, namun Khairul Hafiz Jantan hampir pasti menjadi salah seorang yang akan disenaraikan.

Gambaran itu diberikan jurulatih pecut Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Md Kassim.

Jelasnya, kedudukan Khairul Hafiz dalam senarai itu tidak terjejas, namun slot untuk seorang lagi pelari pecut masih terbuka.

Antara yang memburu slot berkenaan ialah Badrul Hisham Abdul Manap dan Nixson Kennedy.

"Sebenarnya Khairul Hafiz sudah pasti akan menganggotai skuad pecut 100 meter dan 200m.

"Untuk slot kedua, kami masih menilai prestasi calon seperti Nixson yang baru-baru ingin membuat catatan masa 10.25 saat dalam Terbuka Pahang.

"Kami akan mengikuti perkembangan prestasi di antara dia, Johnathan Nyepa dan Badrul Hisham.

"Merekalah calon-calonnya," katanya.

Kejohanan Terbuka Selangor yang bermula esok menjadi medan pemanas badan seterusnya buat skuad pecut negara.

Seperti yang dirancangkan, Poad tidak mahu mereka mencapai kemuncak prestasi terlalu awal sebelum temasya dwi-tahunan itu nanti.

Selepas Terbuka Selangor, skuad pecut negara akan menjalani kem latihan selama tiga minggu di Filipina sebelum menyertai Terbuka Thailand, pertengahan bulan depan.

"Dalam Terbuka Selangor, kami mahu melihat keserasian acara berganti-ganti antara Badrul, Muhammad Haikal Hanafi dan Hakim Rosli.

"Kami perlu kawal prestasi mereka dalam memastikan mereka mencapai tahap terbaik dalam Sukan SEA.

"Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan tahap prestasi mereka ketika ini."

 

Advertisement

Must Watch Video