Kontinjen negara tidak akan melatah meskipun terpaksa akur terlepas 70 daripada 145 pingat emas yang diraih dua tahun lalu dalam Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.
Tuan rumah, Filipina menyenaraikan 56 jenis sukan, mempertandingkan 529 acara dengan beberapa sukan yang dipelopori Malaysia tidak dipertandingkan ataupun berdepan pengurangan acara.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak melihat itu sebagai sesuatu yang merunsingkan kerana Filipina berhak untuk berbuat demikian sambil Malaysia masih boleh memberi tumpuan kepada sukan-sukan yang menjadi prospek emas.
Untuk edisi kali ini, kontinjen negara bakal menghantar 824 atlet untuk menyertai 51 jenis sukan membabitkan 473 acara, sekali gus jumlah kedua terbesar dalam sejarah penyertaan dalam Sukan SEA selepas temasya Kuala Lumpur 2017.
"Filipina telah menjalankan perbincangan bersama kami dalam mencari acara terbaik untuk meraih pingat sebagai tuan rumah. Perkara ini dijalankan oleh setiap penganjur temasya ini," kata Syed Saddiq.
Dalam masa sama, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berhubung dengan kerajaan Filipina mengenai keselamatan atlet Malaysia sepanjang bertanding di sana nanti.
Filipina kini berdepan dengan situasi gempa bumi sejak awal tahun lagi, dengan terbaru Ahad lalu membabitkan gegaran 5.5 pada skala Richter.
"Terdapat beberapa ancaman ketika Indonesia menganjurkan Sukan Asia tetapi kami menerima maklum balas yang positif, kami dapat menyelesaikan perkara ini dan saya menjangkakan perkara yang sama akan dilakukan di Filipina nanti."