Ketiadaan Katrina Ann Abdul Hadi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sedikit-sebanyak memberi kesan kepada kontinjen negara.
Namun, itu tidak sedikit pun merencatkan matlamat skuad renang berirama negara yang tetap positif dalam misi menyapu bersih pingat emas dalam edisi ini dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Sukan renang berirama menawarkan lima emas dalam edisi kali ini menerusi acara solo bebas dan teknikal, duet bebas dan teknikal serta berpasukan.
Malaysia meraih satu emas dan dua perak dalam Sukan SEA Singapura 2015 di mana gandingan Katrina dan Zylane Lee Yhing Hui menyumbang emas pertama negara menerusi acara duet.
Sudah pasti, ketiadaan Katrina yang mengambil keputusan untuk bersara memberi kesan dalam misi pasukan untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun ini.
Enggan cepat melatah, jurulatihnya, Long Yan, percaya akan potensi 12 anak buahnya bakal membuahkan keputusan lebih baik biarpun tanpa Katrina.
Keputusan Long Yan untuk menggandingkan Gan Hua Wei selaku pengganti Katrina bersama Zylane adalah tepat di mana mereka tidak berdepan sebarang masalah dalam mencipta keserasian.
Hua Wei yang merangkul dua perak dalam temasya dua tahun lalu menerusi acara berpasukan bebas dan teknikal tidak menolak tekanan menyertai acara itu berbanding berpasukan, apatah lagi dia enggan mengecewakan Zylane yang sudah pasti ingin mengekalkan kejayaan yang dimenangi.
"Saya tertekan kerana acara kami akan menjadi tumpuan berikutan diadakan sebelum upacara pembukaan Sukan SEA.
"Ramai menjangkakan kami akan menang tiga emas," kata Hua Wei.
Selaku atlet senior, Zylane tiada masalah membentuk keserasian terbaik bersama gandingannya yang baru berusia 18 tahun itu.
Ujian terbaik buat mereka berdua sebelum Sukan SEA sudah pasti Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Budapest, bulan depan.
Ia akan menjadi penilaian terbaik mereka bagi memperbaiki persembahan di pentas dunia sebelum benar-benar bersedia beraksi di laman sendiri.
Hanya tiga peserta yang akan ke Budapest. Selain Zylane dan Hua Wei, Foong Yan Nie turut tersenarai.
"Memandangkan sukan kami adalah subjektif, oleh itu kami tiada kawalan penuh terhadap persembahan kami.
"Andai pihak juri menyukai persembahan kami, maka mereka akan memberikan markah yang lebih tinggi.
"Itulah yang menjadi tumpuan saya," kata Zylane pula.