Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan rekaan pingat dan obor untuk Sukan SEA dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017 menepati ciri-ciri yang diharapkannya, selain turut selari dengan tema 'Bangkit Bersama'.
Khairy menyuarakan penghargaan kepada Royal Selangor di atas rekaan pingat, baton dan obor untuk temasya yang bermula pada 19 Ogos depan.
Bagi Khairy, rekaan pingat oleh Royal Selangor berjaya menggabungkan ciri-ciri keunikan Malaysia yang turut selari dengan slogan Bangkit Bersama.
Beliau turut berharap atlet negara akan bermotivasi tinggi untuk memburu emas apabila melihat rekaan pingat edisi kali ini.
"Ia menggabungkan kayu dan timah. Ia melambangkan sumber asli yang ada di Malaysia.
"Kempas bukanlah kayu yang sangat unik tetapi identitinya dapat disamakan dengan Malaysia.
"Nilai yang kita cuba sampaikan adalah medal ini mempunyai keunikan Malaysia," ujarnya.
Beberapa atlet negara yang hadir dalam Majlis Pelancaran Pingat Sukan SEA dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017 hari ini turut teruja dengan rekaan pingat kali ini.
"Medal kebiasaannya lebih kurang sama sahaja dan yang berbezanya adalah coraknya tetapi untuk kali ini keseluruhannya berbeza.
"Bukan saya sahaja, kalau negara luar tengok pun akan mengatakan ia sesuatu yang unik," kata atlet berbasikal lebuh raya negara, Annuar Manan.
Atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, menganggap ia adalah pingat paling unik pernah dilihatnya.
"Bagi saya, medal ini menggambarkan ciri-ciri Malaysia dan merupakan antara medal yang paling menarik yang pernah saya lihat," katanya.