Reputasi sebagai pemain kelas dunia tidak menghalang keterujaan pemain senior hoki negara, Razie Rahim dan Nabil Fikri Mohd Noor, seandainya mereka diberi amanah beraksi di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen, masih mencongak barisan yang akan mendukung cabaran dalam temasya KL2017 dan dia mahu menggunakan pendekatan menggabungkan pemain muda serta bintang berpengalaman dalam misi mempertahankan pingat emas.
Lantaran itu, Razie dan Nabil, yang menjadi tetamu dalam rancangan Forum, Astro Arena hari ini, berkongsi pandangan mengapa mereka kekal teruja terhadap prospek menjadi sebahagian daripada saingan dwitahunan itu.
"Memang gembira jika dipilih kerana kami bakal beraksi di tempat sendiri dan Sukan SEA adalah salah satu sasaran kami," ujar Razie.
"Bila bermain di laman sendiri, kami pasti akan cuba untuk tidak mengecewakan penyokong," jelas Nabil.
Dua pemain itu turut berasakan final akan mempertemukan kembali Malaysia dan Singapura yang dilatih bekas pemain negara, K. Rajan.
Dalam saingan dua tahun lalu di Singapura, Malaysia terpaksa bertungkus-lumus menentang skuad republik itu sebelum memastikan pingat emas menjadi milik negara.
"Singapura adalah salah satu pencabar kami, jadi seluruh pasukan akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan pingat emas," kata Razie.
"Jurulatih Singapura berasal dari Malaysia dan itu mungkin memberikan kelebihan kepada mereka, namun saya yakin dengan kemampuan pemain Malaysia," tambah Nabil.