Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Rachel ketuai wajah baru di Filipina

rachel_1.jpg
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mengesahkan Rachel Arnold sebagai tonggak skuad wanita ke Sukan SEA Filipina 2019  sambil skuad lelaki bakal menampilkan wajah baru.

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, memberitahu bahawa pemain utama, Ivan Yuen, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari, tidak akan disenaraikan dalam saingan dwitahunan itu.

Ia susulan persetujuan antara negara Asia Tenggara lain dalam misi mempertahankan acara skuasy di pentas Sukan SEA akan datang.

"Ia disebabkan dalam Asia Tenggara, Malaysia dilihat sebagai sebuah pasukan yang kuat. Jadi, untuk mempromosikan permainan ini dalam kalangan negara lain, kami hantar skuad kedua bagi mencerahkan peluang pencabar lain memberi saingan," katanya.

Bagaimanapun, Maniam optimis pemain muda seperti Ong Sai Hung, Addeen Idraki dan Darren Rahul mampu mencapai sasaran dalam memburu kesemua pingat yang dipertandingkan bersama seorang lagi wakil negara, sama ada Ryan Pasqual atau Mohd Farez Izwan. 

Barisan pemain wanita akan diwakili Ooi Kah Yan, Lai Wen Li, Chan Yiwen dan diikuti Rachel sebagai ketua pasukan.

"Sekarang, kami cuma ada perseorangan lelaki dan wanita, beregu campuran serta beregu berpasukan. Daripada tujuh acara, kini tinggal lima dan kami meletakkan sasaran pingat emas untuk kesemuanya," tambah Maniam.

Advertisement

Must Watch Video