Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Puasa bukan penghalang buat Zaidatul

zaidatul-300517.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengesahkan program latihannya tetap berjalan lancar walaupun terpaksa mengehadkan masa latihan pada bulan Ramadan demi Sukan SEA Ogos nanti.

Zaidatul mempamerkan peningkatan prestasi sejak berguru di Afrika Selatan pada awal tahun ini.

Mencatat masa meyakinkan dalam beberapa kejohanan yang disertainya, Zaidatul turut berjaya memecah rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 11.45 saat pada Mac lalu.

Namun, Zaidatul kini hanya fokus terhadap latihan di tanah air dan atlet berusia 24 tahun itu sekadar berlatih pada waktu malam pada bulan Ramadan.

"Latihan tetap sama, cuma ada satu sesi dalam sehari, jadi ia memadai memandangkan sekarang kita berada dalam bulan puasa," katanya.

Zaidatul kini dalam persiapan menyertai Kejohanan Kejohanan Trek dan Balapan Terbuka Thailand pada 12 hingga 15 Jun.

Mengakui kejohanan itu penting buat dirinya untuk persiapan ke Sukan SEA, dia bertekad melakukan catatan masa terbaik untuk mengharumkan nama negara.

"Kalau diikutkan, dalam olahraga semestinya catatan masa jadi keutamaan," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video