Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: PESAKA sasar dua emas

megat.jpg
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, menyasarkan dua pingat emas diraih skuad negara daripada sembilan acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina, November depan.

Sasaran itu diletakkan kepada kategori Puteri A serta Putera B yang sebelum ini diwakili Nor Farah Mazlan dan Muhammad Faizul Nasir.

Namun, Farah dan Faizul serta pesilat senior yang lain bakal berentap dengan barisan juara silat kebangsaan antara negeri 2019 lalu bagi merebut slot mewakili negara di Filipina nanti.

Ini membuktikan PESAKA meletakkan kepercayaan kepada muka-muka baru selepas dua juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Mohd Al-Jufferi Jamari tidak akan menyertai Sukan SEA edisi ini apabila kategori mereka tidak dipertandingkan tuan rumah.

"Terdapat beberapa pesilat muda akan membuat penampilan dalam Sukan SEA kali ini," kata Megat.

Sementara itu, PESAKA turut mengambil langkah untuk memberi latihan luar negara di Thailand sebagai pendedahan dan persiapan kepada barisan pesilat sebelum menghadapi Sukan SEA Filipina nanti.

"Tawaran akan diberikan kepada setiap pesilat baru negara dan kami telah membuat keputusan untuk berlatih di luar negara dan bakal menjalani sesi latihan di Thailand."
 

Advertisement

Must Watch Video