Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Persiapan skuad negara belum mencukupi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-tampar.png
Kapten pasukan bola tampar negara, Sim Jian Qin, anggap persiapan skuad negara masih belum mencukupi menjelang temasya Sukan SEA 2025.

Dia turut menganggap Kejohanan One Utama Mixed Volleyball 2025, yang menyaksikan pasukan G-Force,berjaya menewaskan Sixpac dengan keputusan 3-0, sebagai medan pemanas badan menjelang saingan sebenar hujung tahun ini.

"Saya rasa kesemua pasukan mempunyai peluang untuk menang tetapi pasukan yang bersedia sepenuhnya layak untuk mendapat kejuaraan.

"Pasukan negara belum mempunyai persiapan, saya harap skuad negara mampu lakukan persiapan mulai sekarang untuk mendapat keputusan terbaik dalam Sukan Sea nanti," katanya.

Sementara itu, pemain kelab bola tampar G-Force, Tan Hsi Yan turut melahirkan keterujaan apabila kejohanan bola tampar kali ini menampilkan kelainan apabila beraksi di hadapan orang ramai di dalam pusat membeli belah.

"Ini merupakan kejohanan pertama saya bermain dalam pusat membeli belah dan kejohanan campuran, ia sangat penting dalam berkomunikasi.

"Para pemain lelaki sangat bekerja keras dalam pasukan dan dibantu pemain perempuan, itulah punca kejayaan pasukan kami." katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Tampar Kuala Lumpur, Lee Han Kie, melihat kejohanan julung kali ini merupakan antara idea menarik yang perlu diteruskan bagi menarik minat pencinta sukan tersebut untuk terus menyokong bola tampar negara.

"Saya berbangga dengan kejohanan ini kerana dapat menarik minat  pencinta sukan bola tampar, akhirnya Klang Valley dapat menganjurkan satu kejohanan di dalam pusat membeli belah dan One Utama adalah penganjuran pertama," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video