Kebimbangan mengenai penundaan tarikh Sukan SEA Filipina 2019 tidak menjejaskan program latihan atlet negara yang sibuk dengan persiapan menghadapi temasya dwitahuan itu yang dijadualkan bermula 30 November depan.
Atlet-atlet negara yang bakal beraksi di Filipina kini sedang giat menjalani latihan dalam misi untuk membawa pulang emas buat kontinjen negara.
Terkini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang memantau perkembangan terkini menjelang Sukan SEA Filipina 2019.
Ini selepas wujud kebimbangan temasya itu terpaksa ditangguhkan ekoran pergolakan dalaman Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) hingga mesyuarat tergempar perlu diadakan, Selasa ini.
Pelari 110 meter berpagar negara, Rayzamshah Wan Sofian, berpandangan latihan serta persiapan atlet negara tidak terjejas dengan isu melibatkan penundaan, sebaliknya ia merupakan kelebihan kerana mampu menjalani dengan lebih teliti daripada setiap aspek.
"Segalanya berjalan lancar. Jika ada perubahan tarikh penganjuran Sukan SEA, saya berpendapat ia bukan satu masalah yang besar," katanya.
"Setiap perancangan yang telah ditetapkan buat atlet-atlet negara berada di kemuncak prestasi di Filipina nanti tidak terjejas dan saya melihat segalanya berjalan lancar."