Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, melancarkan detik kiraan 100 hari ke Sukan SEA dan Paralimpik ASEAN Kuala Lumpur 2017 dengan melaungkan keyakinan penganjuran dwi-temasya itu mampu menjadi yang terbaik pernah dianjurkan.
Khairy turut berpuas hati dengan kerja menaik taraf di kesemua prasarana dan stadium di KL Sports City yang mengikut jadual untuk disiapkan sebelum bermulanya Sukan SEA, 19 hingga 30 Ogos depan.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut meninjau sendiri Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam serta turut menyuarakan rasa puas hati dengan pengubahsuaian di stadium tersebut dan prasarana lain di KL Sports City.
"Perdana Menteri sempat melawat KL Sports City semalam.
"Beliau sempat melawat Stadium Nasional (Bukit Jalil), pusat akuatik dan Axiata Arena. Saya boleh merumuskan bahawa Perdana Menteri sangat berpuas hati dengan kerja penambahbaikan Kompleks Sukan Negara," katanya.
Dalam pada itu, majlis menyambut detik kiraan 100 hari ke Sukan SEA dan Sukan Paralimpik ASEAN Kuala Lumpur 2017 bermula dari Stesen LRT Bangsar apabila Khairy dan 20 atlet
Sukan SEA menaiki bas ke KL Sentral.
Dalam majlis itu, Khairy turut mengumumkan peluang buat rakyat menyumbang lirik bagi lagu tema Sukan SEA yang akan digubah komposer terkenal, Datuk Ramli MS, dan disampaikan oleh Dayang Nurfaizah.
"Apabila terlupa (bab) lagu ini dan oleh kerana masa semakin suntuk, saya minta orang ramai untuk menghantar lirik.
"Jadi, lirik-lirik ini bolehlah dihantar sekarang menerusi Twitter, Facebook dan Instagram untuk Ramli MS menggunakan ayat-ayat daripada rakyat Malaysia bagi menggubah lagu itu."