Peluang pemanah recurve negara, Muhammad Ikram Joni, mewakili Malaysia ke Sukan SEA Filipina boleh dikatakan tertutup setelah dia akur jurangnya dengan empat pemanah elit sukar untuk dikejar.
Ikram mengakui prestasinya jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Khairul Anuar Mohamad, Akmal Nor Hasrin, Haziq Kamaruddin dan Mohd Zharif Syahir.
Ia ibarat ulangan peristiwa 2017 di mana dia digugurkan daripada Program Podium dan sejak itu, tidak lagi menjadi pilihan utama untuk ketua jurulatih, Lee Jae-hyung.
Sekalipun dia mempamer aksi memberangsangkan dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan yang berlangsung ketika ini, ia masih belum cukup untuk menambat hati jurulatih dari Korea Selatan itu.
Kali terakhir Ikram mewakili Malaysia adalah Sukan SEA Singapura 2015 bergandingan dengan Khairul Anuar dan Haziq merangkul emas acara recurve berpasukan lelaki.
"Saya cuba mempamerkan persembahan terbaik walaupun peluang untuk ke Sukan SEA sangat tipis. Jika saya lebih konsisten sejak permulaan tahun ini, mungkin saya akan terpilih ke Manila," katanya.
Bagi Kejohanan Memanah Kebangsaan tahun ini, pasukan negerinya, Kelantan, tidak mengambil bahagian, menyaksikan Ikram mewakili Polis Diraja Malaysia dan berusaha untuk mendapatkan sekurangnya-kurangnya satu emasi.
"Secara peribadi, saya meletakkan sasaran untuk meraih apa-apa pingat bagi saingan individu manakala emas bagi acara berpasukan."