Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Padang tiruan MSN venue acara memanah

24517zolkples.jpg
Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) sudah membuat perancangan untuk menjadikan kawasan padang tiruan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagai venue bagi acara memanah.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, semalam mengumumkan MSN Bukit Jalil sebagai venue acara memanah untuk Sukan SEA nanti.

Ia berikutan permintaan untuk mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di venue asal, iaitu Dataran Merdeka.

Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, menjelaskan MSN Bukit Jalil sememangnya menjadi alternatif sekiranya Dataran Merdeka tidak dapat digunakan.

"Perancangan awal adalah acara memanah diadakan di MSN, kemudian terdapat idea mengenai acara ini diadakan di Dataran Merdeka tetapi ia tidak dapat direalisasikan," katanya.

Dalam pada itu, Zolkples memberikan jaminan atlet memanah negara tetap diberi keutamaan bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan venue berkenaan.

Begitupun, MASOC perlu mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak, termasuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang menggunakan padang berkenaan sebagai tempat latihan mereka.

"Buat masa ini, kami membenarkan skuad memanah menyesuaikan diri dengan venue tersebut lebih awal berbanding negara lain yang hanya dapat berlatih selama dua hari sebelum kejohanan diadakan."

Advertisement

Must Watch Video