Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Nurul Huda calon timbalan CDM

nurul-huda.jpg
Bekas jaguh renang negara, Nurul Huda Abdullah, antara yang dicalonkan untuk mengisi dua jawatan timbalan chef-de-mission (CDM) Sukan SEA Filipina dari 30 November-11 Disember depan dengan keputusannya akan dibuat Selasa depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan memilih calon masing-masing untuk mengisi jawatan timbalan CDM Sukan SEA Filipina.

Keutamaan diberikan kepada bekas atlet kebangsaan apabila Nurul Huda, May Tan (renang) dan R Dhanaraj (taekwondo) dicalonkan.

"Mungkin ada nama-nama lain yang akan dipertimbangkan sebagai calon timbalan CDM," jelas Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Tugas timbalan CDM ialah untuk membantu CDM, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, memandangkan atlet negara akan bertanding di tiga venue berbeza, iaitu Manila, Clark dan Subic.

MOM juga meramalkan kontinjen Malaysia menghampiri jumlah 844 atlet seperti Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana temasya di Filipina membabitkan 56 jenis sukan.

"Kami perlu adakan tiga sekretariat di setiap tempat," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video