Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Nurul Azwan, Anis Amira taruhan skuad petanque

10517petanque.jpg
Gandingan Mohd Nurul Azwan Termizi dan Anis Amira Basri yang bakal beraksi dalam acara campuran dijangka mampu menjadi taruhan terbaharu skuad petanque untuk memburu emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.

Nurul Azwan merupakan antara atlet paling senior dalam skuad petanque dan sudah empat kali menyertai Sukan SEA.

Namun, dia  mengakui sedikit bimbang membentuk keserasian bersama Anis Amira kerana dia baharu sahaja menyertai latihan pusat pada Mac lalu ekoran lambat mendapat pelepasan majikan.

Walaupun begitu, Nurul Azwan masih yakin mampu segera mendapat rentak serta diberi peluang beraksi dalam beberapa kejohanan.

"Saya memang tidak menyertai mana-mana kejohanan di luar negara. Jika diberikan peluang, pengalaman yang diraih akan menaikkan semangat kami untuk beraksi pada Ogos nanti," katanya.

Sementara itu, Anis Amira berasa amat bertuah digandingkan bersama Nurul Azwan yang kaya dengan pengalaman.

Justeru, dia berharap mereka berdua mampu mencuba memenuhi harapan pingat emas yang disandarkan dalam acara campuran.

"Pada 2013, saya pernah beraksi dalam Sukan SEA dan berharap kali ini Nurul Azwan dapat membantu saya mempertingkatkan mutu permainan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video