Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Sukan SEA: Nur Suryani jadikan Kejohanan SEASA sebagai persiapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

030517nursuryani.jpg
Penembak elit negara, Nur Suryani Taibi, berttekad memperbaiki prestasinya dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) 2017 walaupun mengakui lebih mengutamakan aspek menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.

Suryani gagal menyerlah ketika kejohanan terakhirnya, Trofi Tun Haniff pada Mac lalu.

Penembak berusia 35 tahun ini sekadar meraih satu pingat perak dalam tiga acara yang disertainya dalam kejohanan itu.

Lantas, Suryani mahu menebus kehampaan itu dalam Kejohanan SEASA selepas tidak beraksi dalam Kejohanan Trofi Ally Ong, bulan lalu.

"Objektif kali ini adalah bukan untuk menang, saya mahu melihat prestasi saya di bawah kendalian jurulatih baru. Saya juga mahu mendapatkan suasana beraksi dalam Sukan SEA nanti," katanya.

Suryani akan mengambil bahagian dalam tiga acara -- 50 meter rifle tiga posisi, 50 meter rifle prone dan 10 meter air rifle.

Dia berharap mampu beraksi cemerlang dalam acara kegemarannya, 50 meter rifle tiga posisi, untuk dijadikan sebagai taruhan utama dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

"Rakan sepasukan saya merupakan penembak yang berbakat, maka saingan adalah sengit untuk mendapatkan tempat bagi Sukan SEA. Saya berharap untuk memberikan yang terbaik dalam acara 50 meter rifle tiga posisi pada Ogos nanti."

Advertisement

Must Watch Video